HRM TRAVEL & TOURS SDN BHD

SENTIASA DIHATI

MAKLUMAT RINGKAS SYARIKAT

NAMA SYARIKAT:HRM TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

TARIKH PENUBUHAN :07 Ogos 2001
NO. PENDAFTARAN SSM :555518-X

NO. LESEN PELANCONGAN :KPL/LN 7235 / LKU 0024

NO. KEAHLIAN MATTA:MA 4426

NO. KEAHLIAN IATA:HO 20-3 1461 5

NO. KEAHLIAN BUMITRA:BM642

ALAMAT IBU PEJABAT:No.118, Kampung Rambai Jantan, 21600 Marang Terengganu, Terengganu.

LEMBAGA PENGARAH :Haji Ramli Bin Mamat (NO. KP : 541209-11-5303)

BANK Public Bank Bhd. (Cawangan Perbankan Islam, Kuala Terengganu) No. Akaun : 3810866822 

SETIAUSAHA SYARIKAT:Iman Partners Consult   

JURU AUDIT:Adib Azhar & Co (AF 1446

OBJEKTIF SYARIKAT

Your content goes here...

VISI DAN MISI

VISI

Untuk menjadi satu organisasi yang diterajui oleh sekumpulan usahawan yang dinamik yang mempunyai misi untuk melaksanakan visi dalam mencapai era perubahan globalisasi dan untuk pengurusan pelancongan yang boleh berdiri dengan sendiri dan memastikan perkhidmatan pelancongan boleh diterima oleh semua pihak, termasuk: ahli perniagaan, korporat, institusi dan individu.

 

 

MISI

Misi HRM Travel & Tours Sdn. Bhd adalah untuk memberikan pengalaman percutian yang unik dan menarik yang dapat memuaskan para pelanggan seterusnya mendapat tempahan ulangan. HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah pakar dalam bidang pelancongan, diiktiraf untuk menawarkan perkhidmatan yang luar biasa dan dapat menjangka setiap keperluan dan kehendak pelanggan. Setiap pelanggan HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. gembira dengan perkhidmatan profesional, kelas pertama yang kami beri dan sediakan.  Misi HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah untuk menjadi pembekal terkemuka pakej perjalanan percutian ke Malaysia.

 

HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah agensi pelancongan yang profesional dengan: -

1.  Mendahulukan keutamaan pelanggan didalam melaksanakan perkhidmatan yang berkualiti dan sistematik.

2.  Menawarkan perkhidmatan pelancongan dengan kos yang berpatutan.

3.  Menyediakan perkhidmatan teknologi pengurusan pelancongan pada tahap yang tinggi dan menerima sebarang penyelesaian yang berkaitan dengan industri pelancongan secara keseluruhannya.

4.  Pengurusan yang professional dan bertanggungjawab melalui latihan pengurusan yang strategik melalui komunikasi pemasaran yang baik.

5.  Menyediakan perkhidmatan jualan yang inovatif melalui pelatih yang profesional dan kakitangan yang berpengalaman dalam jaringan industri pelancongan dan “semangat bekerjasama secara berpasukan.”

 

Kunci Kejayaan :

  I.  Mengenal pasti segmen pasaran dan seterusnya memasarkan produk pelancongan ke dalam pasaran yang lebih besar.seperti beg travel dll

  II.  Berjaya meletakkan HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai pakar di dalam industri pelancongan negara.

  III.  Berkomunikasi, pembezaan dan kualiti persembahan melalui interaksi peribadi dan media.

  IV.  Berjaya mendapatkan pelanggan yang setia (berulang).

  V.  Menghasilkan tahap tertinggi kepuasan pelanggan di dalam industri ini.

  VI.  Mengadakan jaringan perniagaan dengan agen luar dan dalam negara.

  VII.  Menghadiri expo-expo pelancongan antarabangsa dan domestik untuk mempromosikan perkhidmatan syarikat.



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

HRM Travel & Tours Sdn. Bhd menyediakan kemudahan pakej melancong kepada individu dan kumpulan serta pelanggan korporat. Perkhidmatan dan produk yang disediakan oleh HRM Travel & Tours Sdn. Bhd. termasuklah jururunding perjalanan (Travel Consultant), pakej pelancongan yang diatur terlebih dahulu, pakej custom serta tempahan untuk penginapan di hotel dan resort. Perkhidmatan yang ditawarkan dibahagikan kepada 2 bahagian:


 1. BAHAGIAN (DIVISION) HAJI, UMRAH DAN ZIARAH

a) Pakej Haji

b) Pakej Badal Haji (Upah Haji)

c) Pakej Umrah

d) Pakej Umrah & Ziarah

e) Khidmat & nasihat, kaunseling, kursus mengenai Haji & Umrah

f) Permohonan Visa

g) Jualan barangan keperluan Haji & Umrah - kain ihram, payung, beg, tali pinggang, air zamzam dll.

h) Insuran pelancongan


2. BAHAGIAN (DIVISION) DOMESTIK & ANTARABANGSA

a) Pakej Domestik

 I. Pakej ke percutian ke pulau, Taman Negara, dll

 II. Sabah & Sarawak, Langkawi, dll

 III. Tempahan Hotel & Resort di seluruh Malaysia

 IV. Sewaan kenderaan & Perkhidmatan pengangkutan - kereta, van, bas dan limo.

 V. Tempahan tiket Kapal Terbang (Airlines Ticketing).

 VI. Pakej Seminar, Hari Keluarga, dll.

 VII. Insuran pelancongan.

 

b) Pakej Antarabangsa

 I. Destinasi ke Indonesia, China, Thailand, Vietnam, Australia, dll.

 II. Tempahan tiket Kapal Terbang (Airlines Ticketing).

 III. Permohonan Visa.

 IV. Insuran pelancongan.



Desktop Site