HRM TRAVEL & TOURS SDN BHD
SENTIASA DIHATI

UMRAH

IIBADAT UMRAH

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.


Lanjutan Mengenai Umrah

Umrah bermaksud ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.

Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Niat IhramTawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.

Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9, 10, 11, 12 di mana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.

Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.

Sumber: Wikipedia


1. Beriham Dari Miqat 
Miqat Zamani: 
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram. 

Tanda Sempadan Tanah Haram:

Tan'im

:

Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.

Wadi Nakhlah

:

Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.

Ja'ranah

:

Di sebelah timur sejauh 16 km.

Adhah

:

Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.

Hudaibiyah

:

Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah.

Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.


Miqat Makani: 
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.

Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.

Abyar Ali (Zul Hulaifah):
Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.

Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.

Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.

Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.


2. Tawaf
Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.


3. Saie
Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa. 

Doa Bersaie:

Doa Saie


اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , وَِللهِ الْحَمْدُ

Maksudnya ;

Allah Maha Agung, Allah Maha Agung, Allah Maha Agung, Segala pujian hanya bagi Allah.

DOA PERTAMA

اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ ,

اللهُ أَكبَرُ كبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ الْكرِيمِ بُكرَةً وَأَصِيْلاً ، وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلاً طَوِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ ، لاَ شَىْءَ قَبْلَهُ وَلاَ بَعْدَهُ ، ،يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ دَائِمًا لاَ يَمُوْتُ وَلاَ يَفُوتُ أَبَدًا. بِيَدِهِ الْخَيْرِ وَإِلَيْهِ الْمَصِيْرُ وَهُوَ عَلَى كلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ .

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَكرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَكرَمُ )

رَبَّنَا نَجِّنَا مِنَ النَّارِ سَالِمِينَ غَانِمِينَ فَرِحِينَ مُسْتَبْشِرِينَ مَعَ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا ، ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللهِ وَكفَى بِاللهِ عَلِيْمًا ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ حَقًّا حَقًّا ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كرِهَ الْكافِرُونَ .

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ) .

Maksudnya ;

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, teragung dari segala yang agung-agung . Segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah, Maha Suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian Yang Mulia pagi dan petang. Di sebahagian malam hendaklah kamu sujud bagiNya dan bertasbihlah di sepanjang waktu malam. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-sebenarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada sesuatu yang terdahulu sebelumNya dan tidak ada sesuatu yang terkemudian sesudahNya. Tuhan yang telah menghidupkan sesuatu dan mematikannya. Dialah Tuhan yang sentiasa hidup tidak mati dan tidak binasa selama-lamanya. Segala kebaikan dan kebajikan di dalam genggamanNya, kepadaNya tempat kembali sesuatu dan Dialah Yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

(Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemudahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah)

Ya Tuhan, lepaskanlah kami daripada azab api neraka dengan beroleh kesejahteraan, kemenangan, kesukaan bersama-sama hamba Engkau yang salih, bersama-sama mereka yang telah Engkau anugerahkan nikmat-nikmatMu yang banyak yang terdiri daripada golongan nabi-nabi, siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang salih, sesungguhnya mereka itu adalah sebaik-baik taulan yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah Yang Amat Mengetahui (akan balasan pahalanya).

Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran walaupun orang kafir marah dan membenci.

( Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar lambang agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah salah ia bersa’ie (berjalan dengan berulang-alik ) di antara keduanya dan sesiapa bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui).

DOA KEDUA

اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , وَِللهِ الْحَمْدُ

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْوَاحِدُ الْفَرْدُ الصَّمَدُ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَلاَ وَلَدًا ، وَلَمْ يَكنْ لَهُ شَرِيْكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكبِّرْهُ تَكبِيْرًا .

اللَّهُمَّ إِنَّكَ قُلْتَ فِي كتَابِكَ الْمُنْزَلِ ادْعُوْنِي أَسْتَجِبْ لَكُم دَعَوْنَاكَ رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا كمَا أَمَرْتَنَا إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ .

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِْيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكفِّر عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ ،

رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ ،

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِليْكَ الْمَصِيْرُ ،

رَبَنَّا فَاغْفِرْلَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِْيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ ،

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَكرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَكرَمُ )

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ) .

Maksudnya ;

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar nya melainkan Allah, Tuhan Yang Esa, tidak mempunyai isteri dan anak dan tiada bagiNya sekutu di dalam urusan kerajaanNya. Tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahan dan bertakbirlah membesarkanNya dengan sebenar-sebenarnya.

Ya Allah ya Tuhan, Sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitabMu Al-Quran yang diturunkan yang bermaksud pohonlah kepadaKu, Aku akan tunaikan permintaanmu maka inilah kami bermohon kepadaMu wahai Tuhan kami maka ampunilah kami sepertimana yang telah Engkau perintahkan kami sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji.

Hai Tuhan kami, kami telah mendengar seruan yang menyeru kami untuk beriman denganMu, maka kami telah pun beriman, wahai Tuhan kami ampunkanlah dosa kami, hapuskanlah segala kejahatan kami, dan matikanlah kami bersama-sama orang yang baik.

Hai Tuhan kami, berikanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau janjikan dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Janganlah Engkau kecewakan kami di hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji,

Wahai Tuhan kami, kepada Engkau kami berserah kepada Engkau kami kembali. Dan hanya kepadaMu sahaja tempat kembali .

Wahai Tuhan kami! ampunkan dosa-dosa kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami beriman . Janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang menaruh dengki terhadap saudara-saudara kami yang beriman, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Lemah Lembut Lagi Maha Mengasihani.

(Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah.)

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia bersa’ie (berjalan dengan berulang-alik) di antara kedua-duanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan Lagi Maha Mengetahui).

DOA KETIGA

اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , وَِللهِ الْحَمْدُ ، رَبَّنَا أَتْمِمْ نُوْرَنَا وَاغْفِرْلَنَا إِنَّكَ عَلَى كلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْخَيْرَ عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ وَأَسَتَغْفِرُكَ لِذَنْبِي ، وَأَسْأَلُكَ رَحْمَتَكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَكرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَكرَمُ )

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَلاَ تُزِغْ قَلْبِيْ بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنِي ، وَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ .

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي وَبَصَرِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْكفْرِ وَالْفَقْرِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ وَأَعُوذُبِكَ مِنْكَ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الْحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى.

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ)

Maksudnya ;

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, wahai Tuhan kami sempurnakanlah cahaya keimanan kami dan ampunkanlah dosa kami, sesungguhnya Engkaulah yang amat berkuasa di atas sesuatu.

Ya Allah ya Tuhanku, daku memohon kepada Engkau kebajikan dan kebaikan sama ada yang segera atau yang terlewat, daku meminta keampunan bagi dosaku di samping memohon rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Belas Kasihan.

(Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemudahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah.)

Ya Tuhan, tambahkanlah ilmu pengetahuanku, janganlah Engkau pesongkan hatiku selepas mendapat hidayat pertunjukMu. Berilah daku di sisiMu rahmat, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemberi Kurnia.

Ya Allah ya Tuhan, berilah kesejahteraan pada pendengaranku dan penglihatanku, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-sebenarnya melainkan Engkau.

Ya Allah ya Tuhan, daku berlindung denganMu daripada seksa kubur, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku adalah golongan orang yang zalim.

Ya Allah ya Tuhan, daku berlindung denganMu daripada kafir dan kemiskinan,

Ya Allah Ya Tuhan, daku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan keampunanMu daripada seksaanMu, daku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu, tidak upaya daku menghitung segala pujian kepada Engkau sebagaimana Engkau telah memujikan diri Engkau, bagi Engkaulah segala kepujian sehingga Engkau redha kepadaku.

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia bersa’ie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan Lagi Maha Mengetahui.)

DOA KEEMPAT

اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , وَِللهِ الْحَمْدُ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا تَعْلَم وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَعْلَم وَأَسْتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ مَا تَعْلَم إِنَّكَ أَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنَ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ الصَّادِقُ الْوَعْدُ الأَمِينُ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ كمَا هَدَيْتَنِي لِلإِْسْلاَمِ أَنْ لاَ تَنْزِعْهُ مِنِّي حَتَّى تَتَوفَّانِي وَأَنَا مُسْلِمٌ .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُوْرًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا .

اللَّهُمَّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِي وَيَسِّرْلِي أَمْرِي وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ وَسَاوِسِ الْصَدْرِ وَشَتَاتِ الأَمْرِ ، وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ اللَّيْلِ وَشَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ النَّهَارِ ، وَمِن شَرِّ مَا تَهُبُّ بِهِ الرِّيَاحُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ ، سُبْحَانَكَ مَا عَبَدْنَاكَ حَقَّ عِبَادَتِكَ يَاالله .

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَكرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَكرَمُ )

( إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ )

Maksudnya ;

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala kepujian tertentu bagi Allah.

Ya Allah ya Tuhanku, daku memohon padaMu sebaik-baik perkara yang Engkau mengetahuinya, daku berlindung denganMu daripada seburuk-buruk perkara yang Engkau mengetahuinya, daku memohon ampun daripada tiap-tiap perkara jahat yang Engkau mengetahuinya, sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang tersembunyi dan ghaib. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang memerintah seluruh alam maya yang sebenar dan nyata, Nabi Muhammad s.a.w Pesuruh Allah yang bersifat dengan benar dan amanah.

Ya Allah ya Tuhan sebagaimana Engkau memberi pertunjuk kepadaku memilih agama Islam, maka daku memohon kepada Engkau supaya cahaya Islam itu tiada dihapuskan dariku sehingga Engkau mematikan daku dalam keadaan daku seorang Islam.

Ya Allah ya Tuhan, kurniakanlah cahaya keimanan ke dalam hatiku, pendengaranku dan penglihatanku.

Ya Allah ya Tuhanku, lapangkanlah hatiku, mudahkanlah pekerjaanku. Daku minta berlindung denganMu daripada waswas dan perpecahan di dalam pekerjaan juga daripada fitnah kubur .

Ya Allah ya Tuhan, daku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yang datang di waktu malam dan yang datang di waktu siang, juga daripada segala kejahatan dalam tiupan angin, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya kami tidak menunaikan ibadat kepada Engkau sebagaimana yang sewajarya, Maha Suci Engkau ya Allah sesungguhnya kami tidak menyebut namaMu sebagaimana yang selayak dengan kebesaranMu.

(Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah.)

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia bersa’ie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela di dalam mengerjakan perkara-perkara kebaji- kan sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan Lagi Maha Mengetahui).

DOA KELIMA

اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , اللهُ أَكبَرُ , وَِللهِ الْحَمْدُ , سُبْحَانَكَ مَا شَكرْنَاكَ حَقَّ شُكرِكَ يَاأللهُ ، سُبْحَانَكَ مَا أَعْلَى شَأْنُكَ يَااللهُ

اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا اْلإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوْبِنَا وَكرِّه إِلَيْنَا الْكفْرَ وَالْفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا ِمنَ الرَّاشِدِيْنَ

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَكرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَكرَمُ)

اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ . اللَّهُمَّ اهْدِنِي بِالْهُدَى وَنَقِّنِي بِالتَّقْوَى ، وَاغْفِرْلِي فِي الآخِرَةِ وَالأُولَى .

اللَّهُمَّ ابْسُطْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكاتِكَ وَرَحْمَتِكَ وَفَضْلِكَ وَرِزْقِكَ . اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ الْمُقِيْمَ الَّذِي لاَ يَحُوْلُ وَلاَ يَزُوْلُ أَبَدًا .

اللَّهُمَّ اجْعَل فِي قَلْبِي نُوْرًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا ، وَفِي لِسَانِي نُورًا وَعَن يَمِيْنِي نُورًا ، وَمِنْ فَوْقِي نُوْرًا وَاجْعَل فِي نَفْسِي نُورًا , وَعَظِّمْ لِي نُوْرًا رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرلِي أَمْرِي .

( إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ )

Maksudnya ;

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-pujian tertentu bagi Allah . Maha Suci Engkau ya Allah. Sesungguhnya kami tidak dapat bersyukur kepada Engkau di atas segala nikmatMu sebagaimana yang sepatutnya. Maha Suci Engkau ya Allah, tidak ada tolok banding sama sekali ketinggian dan kemuliaanMu. Kurniakanlah rasa kasih kami kepada iman dan hiaskanlah keimanan itu di dalam jiwa kami, jauhkanlah kekufuran, kefasikan dan derhaka dari jiwa kami, jadikanlah kami daripada golongan orang yang dapat hidayah dan pertunjuk.

(Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah. )

Ya Allah ya Tuhan, peliharalah daku daripada azabMu dihari Engkau bangkitkan hamba hambaMu. Ya Allah, berilah pertunjuk kepadaku dan bersihkanlah jiwaku dengan takwa kepada Engkau. Ampunkanlah dosaku di didunia dan di akhirat.

Ya Allah cucurilah berkat, rahmat, dan kurniaan kepadaku. Ya Allah ya Tuhan, daku pohon kepadaMu nikmat yang kekal abadi,

Ya Allah, selubungilah cahaya keimanan di hatiku, pendengaranku, penglihatanku, lidahku, kananku, di atasku dan jadikan dalam jiwaku cahaya keimanan. Perluaskan cahaya bagiku ya Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala pekerjaanku.

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia mengerjakan sa’ie diantara keduanya dan sesiapa yang membanyakkan amalan sukarela di dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan sesungguhnya Allah memberi balasan pahala lagi amat mengetahui).

DOA KEENAM

اللهُ أَكبَرُ ، اللهُ أَكبَرُ ، اللهُ أَكبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَر عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ , لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَو كرِهَ الْكافِرُوْنَ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالعَفَافَ وَالغِنَى . اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كالَّذِي نَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِن سَخَطِكَ وَالنَّارِ وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ .

اللَّهُمَّ بِنُوْرِكَ اهْتَدَيْنَا وَبِفَضْلِكَ اسْتَغْنَيْنَا وَفِي كنَفِكَ وَإِنْعَامِكَ وَعَطَائِكَ وَإِحْسَانِكَ أَصْبَحْنَا وَأَمْسَيْنَا أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلاَ قَبْلَكَ شَىْءٌ ، وَالآخِرُ فَلاَ بَعْدَكَ شَىءٌ ، وَالظَّاهِرُ فَلاَ شَىءٌ فَوقَكَ ، وَالْبَاطِنُ فَلاَ شَىءٌ دُونَكَ ، نَعُوذُبِكَ مِنَ الْفَلَسِ وَالْكسَلِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْغِنَى وَنَسْأَلُكَ الْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَكرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَكرَمُ )

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ) .

Maksudnya ;

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-pujian tertentu bagi Allah. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang menepati segala janji, yang menolong hambaNya dan telah menghancurkan segala seteru-seteruNya dengan keagungan. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kami tidak memperhambakan diri melainkan kepadaNya dengan jujur dan ikhlas walaupun dibenci oleh orang-orang kafir .

Ya Allah ya Tuhanku, daku memohon kepada Engkau pertunjuk dan takwa, kebersihan hati dan kekayaan. Ya Allah ya Tuhan, kepada Engkaulah segala pujian sebagaimana yang kami perkatakan dan sebaik-baik perkataan kami ialah memuji-muji kebesaran Engkau.

Ya Allah ya Tuhanku, daku pohon keredhaanMu dan syurga, daku berlindung dengan Engkau daripada kemurkaanMu dan neraka, juga daku berlindung dengan Engkau daripada segala perkataan, perbuatan dan iktikad yang boleh menjerumuskan kami ke dalam neraka.

Ya Allah ya Tuhan, dengan cahayaMu kami dapat pertunjuk kejalan yang benar. Dengan kelebihanMu kami dapat kemewahan. Di dalam peliharaan, pemberian dan ihsan Engkau kami berada pagi dan petang. Engkaulah yang awal tiada sesuatu pun sebelumMu dan yang akhir tiada sesuatu pun sesudahMu. Engkau yang zahir, tidak ada yang mengatasMu, Engkaulah yang batin tidak ada selain dariMu. Kami berlindung denganMu daripada.kepapaan, kemalasan juga daripada azab kubur dan fitnah kekayaan. Kami memohon kepadaMu kemenangan dengan mendapat syurga.

(Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.)

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar agama Allah maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia bersa’ie (berjalan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela di dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan sesungguhnya Allah memberi balasan pahala lagi Maha Mengetahui).

DOA KETUJUH

اللهُ أَكبَرُ ، اللهُ أَكبَرُ ، اللهُ أَكبَرُ كبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِلله كثِيْرًا .

اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ الإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قَلْبِي وَكرِّهْ إِلَيَّ الْكفْرَ وَاْلفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الرَّاشِدِيْنَ .

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَكرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَكرَمُ ) .

اللَّهُمَّ اخْتِمْ بِالْخَيْرَاتِ آجَالَنَا وَحَقِّقْ بِفَضْلِكَ آمَالَنَا وَسَهِّل لِبُلُوغِ رِضَاكَ سُبُلَنَا وَحَسِّنْ فِي جَمِيْعِ الأَحْوَالِ أَعْمَالَنَا ، يَا مُنْقِذَ الْغَرْقَى يَا مُنْجِيَ الْهَلْكى ، يَا شَاهِدَ كلِّ نَجْوَى ، يَا مُنْتَهَى كلِّ شَكوَى ، يَا قَدِيْمَ الإِحْسَانِ يَا دَائِمَ الْمَعْرُوفِ ، يَا مَنْ لاَ غِنًى بِشَىءٍ عَنْهُ وَلاَ بُدَّ لِكلِّ شَىءٍ مِنْهُ ، يَا مَنْ رِزْقُ كُلِّ شَىءٍ عَلَيْهِ وَمَصِيْرُ كُلِّ شَىءٍ إِلَيْهِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي عَائِذٌ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أَعْطَيْتَنَا وَمِن شَرِّ مَا مَنَعْتَنَا . اللَّهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَأَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِيْنَ غَيْرَ خَزَايَا وَلاَ مَفْتُوْنِيْنَ ، رَبِّ يَسِّر وَلاَ تُعَسِّر رَبِّ أَتْمِمْ بِالْخَيْرِ

( إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ ).

Maksudnya ;

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah. Ya Allah ya Tuhanku, tanamkanlah di dalam jiwaku rasa kasih sayang kepada iman dan jadikanlah ia perhiasan di dalam hatiku, tanamkanlah rasa benci kepada kufur, fasik dan derhaka di dalam hatiku, jadikanlah daku daripada golongan orang yang mendapat pertunjuk.

(Wahai Tuhan ampunilah kami rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahan dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.)

Ya Allah, sempurnakanlah ajalku dengan segala kebajikan, sampaikanlah cita-citaku dengan limpah kurniaMu, dan mudahkanlah segala jalan yang boleh menyampaikanku kepada keredhaanMu, perelokkanlah segala amalanku di dalam semua keadaan wahai Tuhan yang menolong mereka yang tenggelam, Tuhan yang melepaskan orang yang binasa, Tuhan yang mendengar segala bisikan jiwa, wahai Tuhan yang menjadi tumpuan segala rayuan. Wahai Tuhan yang sentiasa berihsan, yang sentiasa melihat kebajikan, wahai Tuhan yang sesuatu itu tidak terkaya daripadaNya, dan tiap-tiap suatu yang berlaku adalah dengan kehendaknya, Tuhan yang menentukan segala rezeki kepada tiap-tiap suatu dan kepadaNya tempat kembali.

Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada sejahat-jahat perkara yang Engkau kurniakan kepada kami dan daripada seburuk-buruk perkara yang Engkau tegahkan kami. Ya Allah ya Tuhanku, matikanlah kami di dalam agama Islam dan dampingkanlah kami dengan orang-orang yang salih di dalam keadaan tidak terhina dan tidak terpesona, ya Allah berikanlah kepada kami segala kemudahan, janganlah menyusahkan, ya Tuhan sempurnakanlah amalan kami dengan kebajikan.

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar agama Allah maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia bersa’ie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela di dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan sesungguhnya Allah memberi balasan pahala lagi Maha Mengetahui


Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya. 
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. 

Bukit Safa:

Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca:

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم).

Kemudian dia membaca (sebanyak 3 kali) :

(الله أكبر الله أكبر، الله أكبر و لله الحمد، الله أكبر على ما هدانا والحمد لله على ما أولانا، لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحيي ويميت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده، و هزم الأحزاب و حده، لا إله إلا الله، ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون، اللهم إنك قلت: ادعوني استجب لكم, وإنك لا تخلف الميعاد، وإني أسألك كما هديتني للإسلام أن لا تنزعه مني حتى تتوفاني وأنا مسلم)

Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca:

(اللهم إني أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والسلامة من كل إثم والغنيمة من كل بر والفوز بالجنة والنجاة من النار)

Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja).

Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:

(ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، رب اغفر وارحم، واعف وتكرم، وتجاوز عما تعلم, إنك أنت الأعز الأكرم، اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى، اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك).

Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah.

Bukit Marwah:

Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم).

Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu bertalbiah).

Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam.

Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie.

Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie:

(ربنا تقبل منا وعافنا واعف عنا وعلى طاعتك وشكرك أعنا).


4. Bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting
Setelah selesai sa`i, pendekkanlah rambut kepala.

Dengan demikian, selesailah palaksanaan ibadah Umrah, dan bukalah pakaian ihram anda lalu gantilah dengan pakaian biasa.